KUALA LUMPUR: Perseorangan badminton negara Lee Zii Jia mudah melepasi pusingan pertama Terbuka Australia 2022 semalam, dalam misinya meraih tiket ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pemain profesional berusia 24 tahun itu menewaskan Rio Agustino dari Australia 21-9, 21-11 dalam masa 25 minit di State Sports Centre di Sydney untuk melangkah ke pusingan kedua.
Hari ini, pemain nombor dua dunia itu perlu memenangi perlawanan menentang Lu Guang Zu dari China, yang mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-18, 21-17.
Zii Jia perlu melangkah ke separuh akhir bagi mengatasi Guang Zu dalam kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir itu yang telah bertukar venue ke Bangkok, Thailand. (Kejohanan itu sebelum ini dijadualkan di Guangzhou, China)
Memandangkan hanya perseorangan atau beregu yang berada dalam kelompok lapan terbaik akan layak ke kejohanan itu, Zii Jia yang kini pada ranking kesembilan dengan 54,930 mata perlu mengatasi Guang Zu yang berada di tangga kelapan dengan 56,310 mata.
Sementara itu, pemain pasukan kebangsaan Ng Tze Yong turut mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan seorang lagi pemain Australia Jacob Schueler 21-13, 21-15, untuk berdepan Heo Kwang Hee dari Korea Selatan.
Soong Joo Ven menundukkan Adam Dolman dari Australia 21-12, 21-12 sekali gus menemani Zii Jia dan Tze Yong ke pusingan kedua.
Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Tee Ee Yi turut mara selepas kemenangan 21-12, 21-15 ke atas Adam Jeffrey-Dylan Soedjasa dari New Zealand.
Ong-Tee dijadualkan bertemu satu lagi beregu New Zealand, Ricky Cheng-Jack Wang.
Dalam acara perseorangan wanita, pemain profesional Goh Jin Wei menjadi wakil tunggal perseorangan wanita negara yang mara ke peringkat seterusnya selepas mengetepikan Tanya Hemanth dari India 21-15, 21-16 dalam perlawanan 32 minit.
Goh akan bertemu rakan senegara Tanya iaitu Anwesha Gowda.
S. Kisona dan Sonia Cheah pula tersingkir awal selepas dikalahkan lawan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Zii Jia (gambar) menewaskan Rio Agustino 21-9, 21-11 dalam masa 25 minit di State Sports Centre, Sydney, Australia, 16 Nov 2022. - Facebook Badminton Association of Malaysia
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."